Universiade: Pendedahan Berguna Buat Chen

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Biarpun beraksi tanpa sebarang sasaran pingat, atlet mahasiswa bagi acara taekwondo, Chen Hon Kit rasa bertuah kerana dapat menimba pengalaman berguna beraksi di hari terakhir Sukan Universiti Dunia (Universiade) di sini.

Chen, 21, yang beraksi dalam kategori berat badan 58-63kg lelaki, kandas di peringkat saringan awal setelah tumpas 1-6 kepada lawan dari Sweden, Uno Sanli, pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Persidangan Dan Pameran Shenzhen hari ini.

Atlet yang berasal dari Kuala Lumpur itu berkata Universiade 2011 merupakan pengalaman pertamanya beraksi di kejohanan peringkat antarabangsa.

"Diharapkan pengalaman ini dapat memantapkan lagi persembahan saya pada masa hadapan kerana banyak perkara baru yang dapat dipelajari terutamanya dari segi pengiraan mata di sini yang cukup berbeza daripada kejohanan lain, " katanya, Selasa.

Chen berazam untuk melakukan persembahanan yang lebih baik sekiranya terpilih untuk mewakili negara pada Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos pada tahun depan.

Kontinjen negara mengakhiri cabaran ke Universide 2011 dengan catatan yang baik apabila berjaya membawa balik satu pingat perak dan dua gangsa, kesemuanya daripada acara terjun.

Pingat perak disumbangkan oleh ratu terjun negara, Pandelela Rinong, menerusi acara 10m platform manakala pingat gangsa bagi acara 10m Platform Synchronised Wanita Berpasangan pula disumbangkan oleh Pandelela dan Leong Mun Yee. Sebutir lagi pingat gangsa adalah menerusi acara berpasukan wanita.

Malaysia menduduki tempat ke-48 daripada 152 negara yang mengambil bahagian.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan