Universiade: Acara Terjun Sumbang Pingat Ketiga

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Skuad terjun wanita mengakhiri cabaran kontinjen negara pada temasya Sukan Universiti Dunia 2011 (Universiade) dengan tambahan sebutir pingat gangsa menerusi acara berpasukan wanita.

Pasukan empat penerjun itu meraih tempat ketiga selepas mengumpul 2336.23 mata menerusi lima acara iaitu 1m papan anjal, 3m papan anjal, 10m platform, 3m papan anjal segerak dan 10m platform segerak.

Skuad terjun wanita negara dibarisi Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong.

Pingat emas dimenangi oleh pasukan tuan rumah China kutipan keseluruhan 2674.18 mata dan pingat perak pula disandang oleh pasukan Amerika Syarikat dengan 2373.03 mata.

Bagaimanapun, pada saingan di Shenzhen Natatorium Isnin, pasangan Leong dan Ng gagal meraih pingat dalam acara 3m papan anjal segerak apabila sekadar menduduki tempat kelima dengan pungutan 272.40 mata.

Pingat emas bagi acara tersebut menjadi milik pasangan China, He Zi dan Wang Han dengan kutipan 334.20 mata.

Pingat perak pula dimenangi pasangan Ukraine, Fedorova Olena/ Pysmenska Anna (301.50 mata) manakala gangsa milik penerjun Alvarez Bianca/ Dragland Carrie dari Amerika Syarikat (292.50 mata).

Pengurus pasukan Muhamad Mohd Hanif berkata beliau bangga dengan pencapaian skuad wanita negara apabila menyumbang kesemua pingat negara pada temasya dwitahunan itu dengan sebutir perak dan dua gangsa.

Beliau berharap kecemerlangan tersebut dapat diteruskan pada temasya Universiade berikutnya di Kazan, Russia, pada 2013.

Sebelum ini, Pandelela mengutip pingat perak menerusi acara 10m platform dan kemudian berpasangan dengan Leong untuk meraih gangsa dalam acara 10m platform segerak.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan