Universiade (Taekwondo): Ryan Chong Kandas Di Suku Akhir

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Atlet taekwondo negara, Ryan Chong yang menjadi sandaran pingat gangsa pada Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011) pada Ahad gagal menepati ramalan setelah terkandas dalam saingan suku akhir bagi kategori lightweight (54-58 kg).

Ryan dikalahkan oleh Andrei Rotaru dari Moldova dengan kiraan mata 5-1.

Pada aksi pertarungan di Pusat Persidangan dan Pameran Shenzhen di sini, Ryan menghadapi kesukaran menandingi kehebatan Rotaru apabila ketinggalan 2-0 pada pusingan pertama perlawanan.

Ryan layak ke peringkat suku akhir apabila mengalahkan Sami Alanzi dari Arab Saudi dengan kiraan mata 6-1 pada pusingan pertama sebelum menang tipis 1-0 ke atas Kenneth Jermaine Jenas dari Switzerland pada pusingan kedua.

Pingat emas acara itu dimenangi peserta Australia, Safwan Khalil dari Australia yang menewaskan Hadi Mostean Loron dari Iran.

Kegagalan Ryan bermakna skuad taekwondo mengakhiri Universiade kali ini tanpa sebarang pingat selepas Nurul Asfahlina Mohd Johari terkandas pada perlawanan pembukaan kategori finweight wanita (bawah 46 kg) semalam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan