Universiade: Penembak Negara Masih Gagal Hasilkan Ledakan Pingat

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Penembak negara ternyata kurang berbisa apabila masih gagal meraih sebarang pingat pada hari ke-10 Temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) edisi ke-26 yang berlangsung di Lapang Menembak Shenzhen dekat sini Ahad.

Penembak wanita, Noorerffani Abdul Malik yang beraksi dalam acara 25M Pistol Individu Wanita hanya menduduki tangga ke-9 dengan kutipan 577 mata, gagal mara ke pusingan akhir.

Turut tersingkir pada saingan awal Ahad ialah penembak negara Muhamad Zubair Mohammad dan Hisyam Adzha yang masing-masing mengutip 1,132 mata dan 1,123 mata yang beraksi dalam acara 50M Rifle 3 Position Individu Lelaki.

Sementara itu, Pengurus pasukannya, Nik Ismail Rashed berkata kesemua penembaknya yang beraksi hari ini adalah terdiri daripada penembak baru dan masih perlu menimba lebih banyak pengalaman lagi.

"Penyertaan mereka (penembak) ke temasya ini adalah hanya untuk mendapat pendedahan namun pencapaian hari ini dikira agak bagus dan masih boleh diperbaiki," katanya kepada Bernama, Ahad.

Beliau berkata usaha pemantapan dari aspek latihan dan rohani perlu disegerakan kerana kita mempuyai penembak yang berbakat.

Nik Ismail berkata harapan terakhir pingat bagi skuad menembak negara kini digalas oleh Nur Ayuni Farhana Abdul Halim yang akan beraksi dalam acara 50M Rifle 3 Position Individu Wanita.

"Kita harap Nur Afuni mampu buat sesuatu esok jika tidak kita akan pulang tanpa pingat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan