Nur Ayuni Dapat Rentak Untuk Bidik Pingat

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Penembak wanita negara Nur Ayuni Farhana Abdul Halim mempunyai peluang membidik pingat ketiga negara pada temasya Sukan Universiti Dunia 2011 (Universiade) apabila layak ke pusingan seterusnya dalam acara 50m rifle tiga posisi di Lapang Sasar Shenzhen di sini, Sabtu.

Pada saingan awal, penembak dari Kuantan, Pahang, itu mengumpul sebanyak 573 mata iaitu 192 mata dari disiplin prone, 187 mata (standing) dan 194 mata (kneeling) untuk menduduki tangga ke-19 daripada 38 peserta.

Pusingan akhir akan berlangsug esok. Walaupun berdepan dengan masalah teknikal pada awal saingan dalam disiplin prone, pemenang pingat emas bagi acara 10m Air Rifle Sukan Komanwel New Delhi 2010 itu bijak mengatur strategi bagi mengatasi tekanan tersebut.

"Pada mulanya saya rasa agak berdebar apabila gagal mendapat keseimbangan ketika melakukan bidikan pertama dalam acara prone. Namun setelah dapat menukar posisi, saya kembali dapat momentum untuk meneruskan aksi yang berikutnya," katanya.

Nur Ayuni Farhana, 21, berkata pencapaiannya itu memberikan beliau semangat baru dan lebih keyakinan untuk meneruskan usaha dalam pemburuan pingat.

Sementara itu, pengurus pasukanya, Nik Ismail Rashed berkata skuad menembak rasa gembira dengan kejayaan tersebut dan berharap momentum tersebut dapat dikekalkan pada pusingan akhir nanti.

Dalam pada itu, dalam acara terjun, Ng Yan Yee terlepas peluang untuk meraih pingat ketiga negara dengan hanya bejaya menduduki tempat kelima dalam saingan akhir acara 3m papan anjal wanita di Shenzhen Natatorium dekat sini.

Ng menduduki tempat tercorat dengan kutipan 246.50 mata, ketinggalan jauh di belakang pemenang pingat gangsa, Espinaso Paola dari Mexico yang mengutip 323.60 mata.

Pingat emas bagi acara tersebut menjadi milik He Zi dari China yang mengumpul 384.70 mata, manakala pingat perak pula milik Wang Han dengan kutipan 370.00 mata.

Ng, 18 berkata walaupun gagal meraih sebarang pingat, kejayaan melangkah sehingga peringkat akhir adalah merupakan kejayaan besar buat dirinya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan