Universiade: Kejayaan Pandelela Suntik Semangat Baru Kontinjen Negara

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Kejayaan penerjun negara, Pandelela Rinong menyumbang pingat perak pertama negara pada hari ketujuh Temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 memberi suntikan semangat kepada atlet lain untuk terus menambah pingat untuk negara.

Padelela menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat perak setelah mengutip 381.75 mata dalam acara 10M Papan Anjal di Shenzhen Natatorium dekat sini Khamis, yang akhirnya dapat menyenaraikan nama Malaysia dalam carta kedudukan pingat walaupun berada di tingkat ke 31.

Pasukan tuan rumah, China terus mengekalkan kedudukan dicarta teratas kutipan pingat dengan mengutip 22 pingat emas, 11 perak dan 16 gangsa.

Manakala Russia di tempat kedua dengan kutipan 20 pingat emas, 15 perak dan 18 gangsa, dan ketiga Jepun dengan kutipan 15 pingat emas, 15 perak dan 22 gangsa.

Sementara itu, Ketua Kontinjen negara Prof Dr Shaharudin Abd Aziz menyifatkan kejayaan itu sebagai detik permulaan kepada usaha melengkapkan sasaran satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini.

"Kejayaan hari ini juga membuktikan bahawa sasaran yang dibuat sebelum ini merupakan sasaran yang realistik untuk dicapai oleh kontinjen negara pada temasya sukan kedua terbesar dunia ini," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Beliau berharap momentum kejayaan itu mampu diteruskan oleh atlet-atlet lain dan berharap atlet negara akan lebih bersemangat dan fokus dalam meneruskan saingan masing-masing.

Bagaimanapun, hari ini skuad menembak negara gagal mengunakan peluang mereka untuk menyumbang pingat kepada negara setelah penembak yang menjadi sandaran pingat negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim gagal untuk mara ke pusingan akhir bagi acara 10M Air Riffle Individu Wanita yang berlangsung di Shenzhen Shooting Range dekat sini.

Nur Ayuni yang kecewa dengan pencapaian itu, bagaimanapun masih mempunyai peluang menebus kekalahannya Isnin ini dalam acara 50m Rifle 3 Positions Individu Wanita yang juga merupakan acara kegemarannya.

Bagi pasukan bola sepak, walaupun gagal mendapat sebarang pingat, kejayaan mereka melayakkan diri untuk beraksi di Universiade edisi 2013 di Kazan, Russia setelah berjaya menewaskan Thailand pada perlawanan penentuan hari ini, harus diberi pujiaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan