Atlet Sukma WP Terima Insentif Berjumlah RM464,500

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) memberi insentif berupa wang tunai berjumlah RM465,500 kepada semua atlet negeri itu yang memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia ke-14 di Lembah Klang, pada Jun lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata insentif itu akan menggalakkan atlet supaya berusaha dengan lebih gigih dan memberi tumpuan dalam membangunakan sukan.

"Insentif ini akan menaikkan moral atlet dan seterusnya bersedia dari sekarang untuk menyertai SUKMA ke-15 di Pahang pada 2012," katanya pada majlis penyampaian insentif tersebut di sini, Khamis.

Atlet individu yang menenangi pingat emas menerima ganjaran RM3,000 manakala perak dan gangsa masing-masing RM1,500 dan RM1,000 sementara atlet berpasukan menerima RM1,500 untuk emas, RM1,000 (perak) dan RM800 untuk gangsa.

Selain atlet, pengurus dan jurulatih turut menerima insentif berjumlah RM118,000, persatuan (RM114,000) dengan sukan kanu menjadi penerima jumlah tertinggi sebanyak RM78,300 diikuti sukan lawan pedang sebanyak RM70,200.

Pada Sukma ke-14, kontinjen Kuala Lumpur yang menyertai 19 acara memenangi tujuh emas, 23 perak dan 31 gangsa selain menduduki tempat kelima pungutan pingat dari 14 negeri yang bertanding. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan