Universiade: Nurul Sarah, Norjannah Gagal Pamer Aksi Terbaik

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Dua pelari pecut wanita negara, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Norjannah Hafiszah Jamaluddin, seakan hilang fokus apabila gagal memberikan aksi terbaik pada peringkat saringan acara 200m wanita yang berlangsung di Stadium Utama pada hari ketujuh temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 di sini.

Nurul Sarah berkata beliau dan Norjannah hanya memberi fokus kepada acara 100m selepas mereka berdua merakam masa terbaik dalam kalangan atlet pecut wanita negara di Bulgaria bulan lalu.

"Saya memang bersedia untuk acara 100m tapi tak sangka atlet yang tiada catatan yang baik dipilih (untuk acara 100 meter)," kata Sarah.

Pada saringan acara 200m wanita, Khamis, Nurul Sarah hanya menduduki tempat keenam dalam saringan pertama heat kelapan dengan catatan masa 24.98s.

Norjannah pula melakukan 25.19s berada di kedudukan kelima saringan pertama heat pertama, juga tidak layak ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, dua lagi atlet pecut di bawah jurulatih Harun Rasheed, Mohd Nor Imran A Hadi dan Mohd Ikhwan Nor mara ke pusingan kedua dalam saringan 200m lelaki.

Mohd Nor Imran mencatat masa 21.70s menduduki tempat keempat saringan pertama heat keempat namun layak selepas mencatat masa antara yang terpantas di kalangan pemenang tempat keempat setiap saringan.

Mohd Ikhwan pula layak secara automatik selepas menduduki tempat ketiga dalam saringan pertama heat ketiga, dengan catatan masa 22.58s.

Dalam final 20km berjalan kaki, atlet negara Lo Choon Sieng berada di kedudukan terakhir selepas mencatat masa satu jam 38.12 saat.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan