Skuad Memanah Pulang Dengan Tangan Kosong

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Skuad memanah mengakhiri saingan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 dengan nota duka setelah gagal meraih sebarang pingat ketika beraksi di lapangan memanah Shenwan, pada Rabu.

Ramalan bahawa pemanah Korea Selatan menjadi penghalang utama buat sandaran utama negara, Cheng Chu Sian terbukti benar apabila beliau menamatkan saingan individu lelaki acara recurve di peringkat suku akhir.

Langkah Cheng disekat pemanah utama Korea Selatan, Kim Woo Jin dengan keputusan 6-2 manakala laluan pemanah terbaik wanita negara Shahira Abdul Halim dihalang pilihan pertama juga dari Korea, Ki Bao Bae 6-0.

"Secara peribadi, saya memang tidak berpuas hati tapi berjaya melangkah ke suku akhir juga sudah cukup baik buat saya. Apa yang utama bagi saya, kita mampu memberi tekanan kepada mereka.

"Sejak daripada dulu lagi, mereka sudah tidak cukup selesa berjumpa kita dan bagi saya, ia sesuatu yang boleh dibanggakan," kata Cheng kepada Bernama.

Sementara itu, ketua jurulatih negara Lee Jae Hyung berkata sekalipun pencapaian anak buahnya tidak menepati sasaran awal, namun apa yang diraih pada Universiade tetap dianggap sebagai suatu pencapaian.

"Saya dapat rasakan mereka sudah melakukan yang terbaik namun ia tidak mencukupi. Memanah bukan seperti sukan lain. Sukar untuk kita mengagak malah juara dunia juga boleh kalah andai tidak bersedia," kata Jae Hyung.

Selain Cheng, negara turut meletakkan sandaran kepada Mohd Izzuddin Abd Rahim dan Wan Khalmizam Wan, namun kedua-duanya kecundang di peringkat kumpulan.

Wan Khalmizam tewas pada pusingan awal kepada pemanah Hong Kong, Yan Kit Ho manakala Izzuddin yang berjaya menewaskan Hiroki Suetaki pada pusingan kedua tumbang kepada pemanah Mexico, Juan Rene Serrano 6-2.

Selain itu dalam acara wanita, dua lagi wakil negara Siti Soleha Mohd Yusof dan Noor Aziera Taip menamatkan saingan di perlawanan pertama pusingan kedua.

Skuad memanah compound negara turut pulang dengan tangan kosong dalam kedua-dua acara berpasukan lelaki dan wanita apabila mengakhiri saingan di suku akhir.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan