Skuad Memanah Wanita Kebangsaan Kalah Tipis Kepada China

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Skuad memanah negara bagi acara recurve berkumpulan wanita gagal mara ke suku akhir setelah kalah tipis 15-16 kepada pasukan tuan rumah China pada perlawanan kalah mati di Lapangan Memanah Shenwan.

Pemanah senior negara Siti Sholeha Mohd Yusof berkata beliau terkilan dengan keputusaan hari ini memandangkan hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan lawan yang dibarisi oleh Ouyang Ruyu, Qi Na dan Zhang Yunlu.

Trio memanah negara dibarisi oleh Siti Sholeha, Shahira Abdul Halim dan Noor Aziera Taip.

"Walau apa pun, saya tetap berpuas hati dengan persembahan secara keseluruhan memandangkan ini adalah kali pertama kami bertiga beraksi di Universiade 2011.

"Kami ada melakukan sedikit kesilapan tadi namun ia satu pengajaran yang cukup bermakna bagi kami untuk lebih berhati-hati," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Siti Sholeha berkata beliau lebih yakin untuk acara individu recurve wanita esok dan dapat memberi lebih fokus berbanding acara berkumpulan.

"Saya harap esok dapat buat yang terbaik dan mampu melangkah kejayaan ke peringkat suku akhir," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih negara Lee Jae Hyung berkata beliau gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad memanah wanita dan mereka sebenarnya mempunyai peluang untuk menang.

"Mereka ada peluang untuk menang hari ini namun salah faham dari segi komunikasi antara pemanah menyebabkan mereka telah melakukan kesilapan kecil," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan