Jun Hong Layak Ke Pusingan Akhir 1M Papan Anjal

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Penerjun negara Cheong Jun Hong melakukan kejutan pada hari kelima temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011), apabila mara ke pusingan akhir acara 1m papan anjal wanita, di Shenzhen Notatorium dekat sini pada Selasa.

Cheong, 21, layak setelah mengutip 268.35 mata mengatasi penerjun lain dalam saingan separuh akhir A.

Beliau bagaimanapun dijangka berdepan saingan sengit pada pusingan akhir petang ini.

Pengurus pasukan terjun negara Muhamad Mohd Hanif berkata beliau tidak meletakkan harapan tinggi kepada Cheong memandangkan beberapa penerjun handalan dunia turut mara ke akhir.

"Jika Cheong mampu mendapat tempat kelima terbaik, ia sudah cukup bagus kerana untuk menang beliau perlu atasi penerjun handalan dari China dan Amerika Syarikat terlebih dahulu," katanya, Selasa.

Penerjun lain yang layak ke pusingan akhir bagi acara itu ialah Pysmenska Anna (Ukraine), Bryant Kelci (Amerika Syarikat), Batki Noemi (Itali), Shi Tingmao (China) dan Chen Ye (China).-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan