Universiade: Clement Dan Khoo Ceriakan Kolam Renang

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Setelah dua hari sunyi tanpa sorakan kegembiraan, skuad renang negara akhirnya menceriakan kontinjen negara apabila Clement David Leong membaharui rekod peribadi menerusi acara 200 meter kuak dada lelaki yang berlangsung di Pusat Akuatik Universiade, Ahad.

Walaupun pencapaian itu mungkin tidak seberapa, namun ia dapat menyuntik semangat atlet lain dalam kontinjen negara terus memberi fokus kepada sasaran membawa balik satu pingat emas, satu perak dan satu ganga di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011).

Clement mencatat masa peribadi terbaik dengan 2.28s, kurang enam saat berbanding masa terbaiknya sebelum ini.

"Saya juga tidak sangka berjaya memperbaiki catatan masa peribadi lebih enam saat kerana latihan juga kurang sebelum ini," kata kepada Bernama di sini Ahad.

Beliau berkata kejayaan itu cukup bermakna buat dirinya memandangkan bahawa ini adalah merupakan penampilan pertama ke temasya sukan kedua terbesar dunia itu.

Sementara itu, ratu renang negara, Khoo Chai Lin yang beraksi dalam acara acara 800 meter gaya bebas wanita mencatat masa 8 minit 52 saat.

Namun, catatan itu jauh daripada rekod kebangsaannya iaitu 8.45s yang dilakukannya pada Sukan Sea Laos, dua tahun lalu.

"Sekalipun saingan di sini agak berbeza berbanding kejohanan di Shanghai lalu, namun sasaran saya adalah untuk mencipta masa terbaik sebagai persediaan untuk melayakkan diri ke Sukan SEA dan Olimpik London," katanya yang meraih tempat kelima selepas tiga saringan.

"Setakat ini, saya masih belum tahu sama ada layak untuk ke Sukan SEA nanti tetapi saya mahu melakukan yang terbaik. Kecergasan saya semakin bertambah baik dan ia pasti membantu nanti," kataya yang turut memegang rekod kebangsaan dalam acara 200 dan 400 meter gaya bebas kebangsaan.

Khoo akan bersaing dalam acara 200 meter gaya bebas pada Ahad bersama-sama seorang lagi perenang negara, Chu Lai Kwan dalam acara 100 meter gaya bebas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan