Aksi realistik pada Universiade 2011

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung (tengah) melaungkan kata-kata semangat 'Malaysia Hebat' selepas menyerahkan Jalur Gemilang pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Universiade minggu lalu. - Foto BERNAMA
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung (tengah) melaungkan kata-kata semangat 'Malaysia Hebat' selepas menyerahkan Jalur Gemilang pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Universiade minggu lalu. - Foto BERNAMA

BULAN Ramadan bukanlah satu halangan kepada 180 atlet mahasiswa untuk memikul tanggungjawab negara bertarung pada Sukan Universiti Dunia 2011 (Universiade) yang telah membuka tirainya pada Jumaat lalu di Shenzen, China.

Sedar dengan cabaran daripada atlet mahasiswa terbaik dunia yang beraksi pada temasya dwi tahunan ini, kontinjen negara tidak terlalu menaruh harapan tinggi untuk memungut pingat, namun realistik mensasarkan satu emas, satu, perak dan satu pingat gangsa.

Dengan dibarisi atlet-atlet kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara di peringkat dunia sebelum ini, nyata sekali sandaran satu pingat emas menjadi taruhan kepada mereka, lebih-lebih lagi beberapa atlet terbaik negara turut beraksi seperti Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Bryan Nickson Lomas, Khoo Chai Lin, Zulfadli Zulkifli, Wan Khalmizam Wan Abd Aziz dan Cheng Chu Sian.

Sebagai rekod, kontinjen negara pernah meraih pingat perak menerusi Chee Chew Chan ketika aksi acara taekwando di Thailand pada tahun 2007 dan sekali gus ia menjadi bukti bahawa atlet-atlet Malaysia juga mampu bersaing dengan pasukan handalan dunia yang lain.

Biarpun tanpa kelibat jaguh pecut negara, Mohd Azizulhasni Awang yang terpaksa menarik diri daripada kejohanan ini, ia tidak merencatkan misi utama skuad berbasikal untuk melahirkan sebutir pingat emas dan mereka dilihat sudah bersedia mengharungi cabaran kali ini.

Pun begitu, skuad ini tetap yakin akan mempamerkan aksi mantap, seterusnya membawa balik satu pingat tanpa mengira warna seperti yang disasarkan oleh pasukan yang diuruskan oleh Mohd Zufri Yazid ini.

Barisan pelumba seperti Mohammad Akmal Amrun, Muhammad Rauf Nur Misbah dan Kimbeley Yap Fui Li bukanlah nama baru dalam dunia berbasikal ini kerana berdasarkan pengalaman, mereka sudah mengharungi pelbagai kejohanan besar sebelum ini.

Dengan membawa slogan ‘Malaysia Hebat’ sudah pasti dipegang erat oleh kontinjen Malaysia yang mengambil bahagian dalam 13 daripada 24 acara sukan yang dipertandingkan iaitu olahraga dengan 24 atlet, renang (7), terjun (11), taekwondo (9), lawan pedang (6), catur (10), gimnastik (8), bola sepak (24), badminton (9), menembak (19), berbasikal (8), golf (9) dan memanah (15).

Skuad memanah antara acara yang mempunyai peluang cerah untuk meraih pingat kerana turut dibarisi pemain-pemain yang pernah beraksi di peringkat tertinggi, malah baru-baru ini Chu Sian juga telah layak ke Sukan Olimpik tahun depan.

Dua jaguh kolam negara, Bryan Nickson dan Pandelela juga bakal mencuri tumpuan dan diharap mampu menyumbang pingat kepada negara. Kedua mereka ini telah mengharumkan nama negara selepas berjaya menempah tiket awal ke Sukan Olimpik di London 2012.

Sementara itu, ketua kontinjen ke Shenzen, Profesor Dr Shaharudin Abdul Aziz berkata, pihaknya yakin dengan kemampuan semua atlet yang beraksi di China kali ini dan berharap mampu membawa balik sasaran pingat yang ditetapkan.

Kejohanan yang bakal berakhir pada 24 Ogos ini dianggap medan pemanas badan untuk atlet-atlet yang bakal beraksi pada Sukan Sea hujung tahun ini dan ia merupakan satu persiapan terbaik skuad negara memandangkan pasukan yang berentap di sini adalah bukan calang-calang atlet.

Pada tahun 2009 kontinjen negara tidak menghantar wakil di Belgrade, Serbia, kerana langkah berwaspada terhadap penularan wabak influenza A(H1N1) di beberapa negara dan mengelak risiko jangkitan kepada atlet Malaysia ketika itu.

Dalam temasya dua tahun lalu, menyaksikan kontinjen Rusia dinobatkan sebagai juara selepas meraih 27 emas, 22 (perak) dan 27 gangsa, diikuti China 22 (emas), 21 (perak) serta 15 gangsa manakala kedudukan ketiga diraih oleh pasukan Korea Selatan dengan 21 (emas), 11 perak dan 15 pingat gangsa.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan