Ainil lebih matang selepas bergelar profesional

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ainil turut mengikuti Program Pembangunan Golf Sime Darby LPGA di KLGCC. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN
Ainil turut mengikuti Program Pembangunan Golf Sime Darby LPGA di KLGCC. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN

SELEPAS sembilan tahun bergelar pemain golf amatur, Ainil Johani Abu Bakar boleh berbangga kerana impiannya untuk bergelar pemain golf profesional termakbul secara rasminya tahun lalu. Ia sekali gus dianggap satu pencapaian yang membangga buat negara kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk berada di tahap ini.

Ainil, 22, anak kelahiran Sungai Buloh, Selangor ini mula menghayun kayu golf sejak berumur 12 tahun, ketika itu dia masih berada di sekolah rendah. Bakatnya semakin terserlah tahun demi tahun hasil latihan kerasnya dan Kelab Golf Negara Subang menjadi saksikan Ainil menjalani latihan hariannya.

Selepas terpilih mewakili negeri, Ainil turut terpilih mewakili negara dan sejak itu dia sudah semakin yakin bahawa sukan golf adalah sebahagian daripada hidupnya. Ini kerana, hampir separuh daripada umur remajanya dihabiskan di padang golf sama ada di dalam negara mahupun berlatih di luar negara.

“Semakin banyak kejohanan tempatan yang saya sertai, perasaan untuk bermain di peringkat tertinggi semakin membuak-buak sehinggalah pada tahun lalu cita-cita untuk menjadi pemain golf profesional terlaksana. Secara jujurnya, saya akui bukan mudah untuk berada di tahap ini.

“Apabila bergelar pemain profesioanl, ia tidaklah mudah seperti yang dilihat kerana saya perlu meningkatkan tahap permainan saya bagi bersaing dengan pemain-pemain terbaik dunia yang lain. Saya masih lagi baru dalam kelas ini dan banyak yang perlu dipelajari.

“Sejak beberapa yang lalu kehidupan saya banyak dihabiskan di Amerika Syarikat (US), mengikuti latihan dan perlawanan sepanjang tahun,” katanya kepada Mingguan mStar.

Ainil berkata, tinggal di negara orang tanpa keluarga di sisi merupakan satu pengalaman yang mencabar selain perlu berdikari dalam apa jua keadaan.

“Pada mulanya keadaan agak rasa kekok kerana tanpa ramai orang dikenali. Tetapi situasi itu semakin berubah selepas beberapa kali berulang alik ke sana dan saya sudah mempunyai ramai kawan. Dan ini menjadikan saya semakin bersemangat untuk mendalami ilmu golf ini.

“Dengan tunjuk ajar jurulatih di sana (Ted Eleftheriou) saya dapat rasakan permainan semakin baik. Banyak juga kejohanan di US yang telah saya sertai. Walaupun masih belum mampu mengatasi pemain-pemain dunia lain, tetapi saya yakin suatu hari nanti keadaan akan berubah,” katanya yang menjadikan pemain Mexico, Lorena Ochoa Reyes sebagai idolanya.

Sementara itu, Ainil yang baru kembali dari US bulan turut turun padang bersama dengan Program Pembangunan Golf Sime Darby LPGA di KLGCC.

“Walaupun bulan puasa, ia tidak menghalang saya untuk terus berlatih bersama kawan-kawan lain. Saya dapat merasakan program pembangunan yang dijalankan ini adalah satu peluang terbaik untuk pemain golf wanita negara kerana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta jurulatih yang berpengalaman. kami semua dijaga rapi.

“Kini saya sibuk menjalani persiapan untuk kelayakan Kejohanan Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) dan sasaran saya adalah untuk layak beraksi pada kejohanan berprestij Oktober ini. Ramai pemain terbaik dunia akan beraksi di sini dan ini merupakan peluang terbaik saya untuk beraksi dengan mereka,” katanya.

Bergelar pemain profesional membuatkan Ainil lebih matang dalam meletakkan sasaran kariernya. Dalam tempoh lima tahun, dia ingin melihat namanya tersenarai dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia.

“Saya realistik akan cuba berada dalam kedudukan 20 terbaik dunia dalam tempoh lima tahun lagi. Ia bukan angan-angan kosong kerana saya yakin impian akan tercapai jika tidak ada perasaan mudah mengalah,” kata anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini.

Profil

Nama penuh: Ainil Johani Abu Bakar

Tarikh lahir: 2 November 1989

Adik beradik: Anak ketiga daripada empat orang

Kerjaya: Pemain golf profesional (sejak 2010)

Idola: Lorena Ochoa Reyes

Prinsip hidup: Jangan mudah mengalah

Antara pencapaian Ainil:

> Kejohanan Terbuka Amatur KL 2010 (Juara)

> Kejohanan Terbuka Amatur Sabah 2010 (Juara)

> Kejohanan Tertutup Malaysia 2010 (Juara)

> TSM Golf Charity Event 2010 (Naib juara)

> Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC 2010 (Naib juara)

> Sukan Sea, Laos 2009 (Gangsa, berpasukan)

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan