Ahmad Shabery Minta MSN Dan KOAM Sedia Laporan Kes Jurulatih Harun

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengemukakan laporan terperinci berhubung tuntutan tunggakan gaji ketua jurulatih olahraga Harun Rasheed.

Beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan segera seboleh-bolehnya sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk memastikan tidak ada pihak yang merasa teraniaya.

"Pihak kementerian tidak ada niat untuk menganiaya sama ada jurulatih mahupun atlet, jika mereka patut dibayar (elaun), maka kita akan bayar, kecualilah jika ada sebab tertentu menyebabkan elaun mereka disekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa kerusi Dewan Undangan Negeri Air Putih di sini Sabtu.

Katanya, kementerian amat prihatin dengan isu itu dan mahukannya diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan ia mengganggu kelancaran latihan atlet-atlet olahraga negara.

Menurut Harun gaji beliau tertunggak sejak Januari lalu dan kini mencecah RM32,000.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dalam laporan sebuah akhbar pula berkata memandangkan Harun mengikut arahan KOAM dan menghilangkan diri selepas kes doping pada Mei lalu, jurulatih itu diminta menyelesaikan tuntutan itu terus kepada KOAM.

Dalam kes tersebut beberapa orang atlet diarahkan menjalani ujian doping tetapi sebilangan daripada mereka tidak berbuat demikian.

"Jika tindakan itu (mengarahkan atlet olahraga (mengelak) daripada menjalani ujian doping) mengikut peraturan, tidak ada sebab jurulatih itu tidak dibayar gaji kecualilah sebaliknya," kata Ahmad Shabery. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan