Acara '3 Lawan 3' Sasar Jadi Acara Olimpik 2016 Di Brazil

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia sedang memainkan peranan penting untuk melihat acara bola keranjang '3 Lawan 3' menjadi acara pingat pada Sukan Olimpik 2016 di Brazil.

Berikutan langkah awal Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) memperkenalkan versi acara itu pada Olimpik di Rio De Janeiro dalam masa lima tahun lagi, Johor Baharu diberi penghormatan untuk diperkenalkan sistem ranking.

FIBA sedang menggubal sistem ranking dunia bagi acara '3 Lawan 3' untuk menentukan pasukan mana layak ke Sukan Olimpik.

Cabaran '3 Lawan 3' Plantong pada 28 Ogos ini menjadi kejohanan pertama di Malaysia untuk diberi ranking kepada pasukan di negara ini.

Pegawai pentadbiran eksekutif FIBA Asia Yoon Wai Sun pada sidang media di sini pada Ahad berkata kejohanan Plentong yang dijangka disertai oleh 150 pasukan merupakan permulaan sistem ranking '3 Lawan 3' bagi Malaysia.

Katanya profil setiap pemain dan pencapaian mereka akan dikumpul dan disimpan dalam sebuah pangkalan data menerusi satu sistem yang dibentuk oleh FIBA Asia.

"Mulai sekarang semua pertandingan '3 lawan 3' yang diiktiraf oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) akan dipantau oleh kami bagi membangunkan sistem ranking dunia," katanya.

Selain itu, Yoon berkata ranking juga akan diberikan kepada semua pertandingan '3 lawan 3' di zon-zon FIBA dan akhirnya dalam masa empat atau lima tahun, akan mempunyai sistem ranking yang menyeluruh bagi pemilihan pasukan ke Sukan Olimpik.

Katanya FIBA mahu melihat lebih banyak pingat menjadi rebutan dalam temasya Sukan Olimpik berikutan hanya dua emas dipertandingkan masa kini dalam sukan itu iaitu acara berpasukan lelaki dan wanita.

"Dengan adanya acara '3 Lawan 3', maka ada tambahan dua pingat emas dalam temasya Olimpik...sama seperti bola tampar iaitu acara konvensional dan bola tampar pantai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan