Natasha Eryana Mahu Gantung Pedang

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Atlet lawan pedang negara, Natasha Eryna Mohd Nasir, memutuskan untuk bersara daripada sukan itu sebaik berakhir temasya Sukan Universiade 2011 nanti.

Natasha Eryana, 24, berkata beliau berbuat demikian kerana ingin memberi tumpuan kepada usaha mencari pekerjaan.

"Walaupun berat hati untuk meninggalkan sukan lawan pedang, keputusan perlu dibuat demi masa depan saya. "Jika ada masa lapang selepas mendapat pekerjaan, saya akan cari peluang untuk terbabit sama dalam sukan ini," katanya.

Atlet yang berasal dari Negeri Sembilan itu berkata, sasaran peribadinya di Universiade adalah untuk mara ke peringkat lebih tinggi.

"Ketika beraksi di Universiade edisi Bangkok, Thailand 2007, saya hanya mampu mara ke perlawanan pusingan kedua tapi untuk kali ini...kalau boleh dapat masuk suku akhir," katanya.

Natasha Eryna yang mengambil bahagian dalam acara saber wanita individu berkata, beliau sudah bersedia menghadapi saingan di Exhibition Center 9th Hall pada Isnin ini. "Sebelum berangkat ke Shenzhen, saya sudah meneliti nama peserta yang bakal saya tempuhi pada Isnin," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan