Song Wah Ingin Gunakan Sebaiknya Peluang Di Universiade

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHANZHEN: Atlet baling tukul besi wanita negara, Tan Song Wah, ingin menjadikan temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) disini sebagai platform pertama sebelum mencipta nama di pentas antarabangsa.

Beliau meletakkan sasaran yang lebih realistik untuk mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir kerana ramai atlet handalan dunia akan turut mengambil bahagian di sini.

"Ini adalah penampilan pertama saya ke Universiade, namun saya akan cuba buat yang terbaik," katanya kepada Bernama hari ini. Pemenang pingat emas di Sukan Sea Laos 2009 itu berkata beliau berazam untuk memperbaiki pencapaian terbaiknya 58.71 meter yang dicipta ketika beraksi di Kejohanan Olahraga di Hungary pada Jun lepas.

Tan berharap penyertaannya di Universiade akan membuka jalan untuk beliau bertanding di kejohanan lebih tinggi lagi. "Sebelum ini saya hanya berjaya mencipta nama di peringkat Sukan Sea sahaja, kalau boleh saya nak tingkatkan lagi pencapaian pada masa akan datang hingga ke peringkat Olimpik," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan