Skuad Olahraga Tidak Letak Sebarang Sasaran Pingat Di Shenzhen

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Skuad olahraga negara di bawah pimpinan jurulatih Harun Rasheed Othman tidak meletakkan sebarang sasaran pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011) yang akan bermula secara rasminya esok.

Harun Rasheed bersama 19 atlet olaharaga yang baru tiba hari ini berkata beliau tidak berani untuk meletakkan sebarang sasaran kerana ramai atlet handalan dunia yang akan turut sama beraksi di kejohanan dwi-tahunan itu.

"Saya harap setiap atlet dapat memperbaiki rekod peribadi masing-masing bagi mencari tiket kelayakan ke Sukan SEA Indonesia yang akan berlangsung hujung tahun ini," katanya.

Beliau berharap atletnya tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya mampu memperbaiki sesuatu di Shenzhen. "Saya berharap Mohd Nor Imran A.Hadi yang akan mengambil bahagian dalam acara 100 meter dapat meningkatkan pencapaian apabila beraksi Selasa nanti," katanya.

Walaupun demikian, Harun Rasheed berkata kesemua anak didiknya akan cuba melakukan persembahan yang terbaik apabila beraksi nanti.

Antara 19 atlet olahraga yang mengalas cabaran di Shenzhen ialah Siti Zubaidah Ghazali, Norjannah Hafiszah Jamaludin, Mohd Jironi Riduan dan Siti Fatimah Mohamad. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan