Skuad Menembak Tidak Janji Emas Dari Sukan SEA Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harapan meraih emas dari acara menembak di Sukan SEA Indonesia mungkin sukar dicapai apabila Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) sendiri tidak berani menjanjikannya.

Pengurus pasukan menembak Sukan SEA, Muzli Mustakim berkata pengguguran acara berpasukan oleh tuan rumah menyebabkan NSAM tidak meletakkan sasaran spesifik namun tetap optimis dengan prestasi semasa atlet.

"NSAM yakin atlet senior seperti Bibiana Ng serta dua lagi atlet kita yang mewakili negara ke Sukan Universiti Dunia (Universiade), Joseline Cheah Lee Yean dan Muslifah Zulkifli mampu memberi saingan terutama kepada penembak Thailand," katanya kepada Bernama, di sini Jumaat.

Pada Sukan SEA 2009 di Laos, skuad menembak sekadar memperolehi enam perak dan lima pingat gangsa.

Mengulas persediaan atlet, Muzli berkata penembak negara akan berlepas ke Vientiane, Laos awal bulan depan bagi menguji prestasi mereka di Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) ke-35 pada 3 hingga 12 September ini.

"Selepas tamat SEASA, skuad menembak Sukan SEA akan meneruskan sesi latihan pusat seperti biasa di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM) dan Lapang Sasar Menembak Kebangsaan di Subang," katanya.

Muzli berkata sebagai pendedahan, skuad menembak negara juga akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Menembak Asia di Kuwait, Oktober depan.

Antara penembak yang akan mewakili negara ke Sukan SEA Indonesia pada November ini ialah Hafiz Adzha, Hasli Izwan Amir Hasan, Jonathan Wong, Khalil Abdullah, Alais Neek Sulong, Mohd Shahril Sahak, Mohd Ezuan Nasir Khan, Mohd Hadafi Jaafar,Muhamad Zubair Mohammad dan Hisyam Adzha.

Sementara penembak wanita diwakili Bibiana Ng Pei Chin, Nur Suryani Mohamed Taibi, Muslifah Zulkifli, Nur Ain Ibrahim, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Joseline Lee.

Pada temasya itu penembak negara akan mengambil bahagian dalam semua kategori yang dipertandingkan kecuali 'running target'. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan