Ketua Jurulatih Olahraga Tuntut Tunggakan Gaji Daripada MSN

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed meminta pihak Majlis Sukan Negara (MSN) supaya membayar gaji beliau yang tertunggak.

Harun, yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, terpaksa berkhidmat sebagai jurulatih tanpa dibayar gaji selama lapan bulan sejak Januari lepas dan jumlah tunggakan itu kini mencecah RM32,000.

Katanya MSN tidak memberi sebarang penjelasan kepada beliau mengenai perkara itu.

"Saya tidak terima sebarang surat (daripada MSN). Saya pun tidak tahu apa sebab saya tidak dibayar gaji," katanya kepada Bernama.

Harun berkata beliau terpaksa mengeluarkan duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung keperluan kewangannya.

Katanya tindakan badan induk itu seolah-olah tidak menghargai jasa dan sumbangan beliau.

Biarpun demikian, Harun berkata beliau masih komited untuk terus membimbing atlet-atlet.

"Walaupun tidak mendapat gaji, saya terus melatih mereka untuk persiapan Sukan SEA dan kalau boleh, mereka capai sasaran yang saya tetapkan.

"Lepas itu, (barulah saya fikirkan sama ada) saya akan terus kekal sebagai jurulatih atau ambil keputusan untuk letak jawatan," katanya.

Nasib yang serupa turut menimpa atlet-atlet di bawah bimbingan beliau apabila dikatakan tidak dibayar elaun oleh MSN sejak Jun lepas dan beberapa atlet tidak dibenarkan tinggal di MSN. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan