Cheah Yakin Skuad Boling Wanita Mampu Capai Keputusan Memberangsangkan Di Hong Kong

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain yang dipilih menggalas cabaran negara pada Kejohanan Wanita Dunia di Hong Kong dari 1 hingga 12 September ini mempu mempamerkan persembahan terbaik mereka, kata ketua jurulatih kebangsaan Holloway Cheah.

"Saya amat yakin mereka akan bermain dengan baik. Harap-Harap kita mendapat keputusan lebih baik berbanding di Las Vegas (2009). Saya menaruh harapan yang tinggi terhadap pasukan ini. Mereka sangat fokus dan begitu bersemangat untuk melakukannya serta menunjukkan peningkatan," katanya kepada Bernama.

Isnin lepas, Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menamakan Esther Cheah, Sharon Koh, Zandra Aziela Ibrahim Hakim, Zatil Iman Abdul Ghani, Sin Li Jane dan Jacqueline Jenelee Sijore sebagai pemain yang mewakili negara pada kejohanan itu.

"Tidak ada sebarang perbezaan di kalangan mereka walaupun tahun ini kita mempunyai kombinasi tiga pemain berpengalaman dan tiga pemain muda elit.

"Dari segi pengalaman, pemain muda elit tersebut bukan muka baru kerana mereka pernah bertanding dalam kejohanan besar," katanya.

Cheah berkata MTBC menyediakan satu program latihan khusus untuk pemain terbabit sebelum kejohanan itu, yang bermula Isnin lepas dan mereka dijangka berlepas ke Hong Kong pada 30 Ogos.

Pada kejohanan dwitahunan itu edisi Las Vegas di Amerika Syarikat, pasukan boling Malaysia pulang dengan tangan kosong dan ia merupakan pengalaman terburuk mereka.

Pencapaian terbesar skuad negara pula ialah di Alborg, Denmark pada 2005 iaitu satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa, manakala pada 2007 di Mexico, mereka berjaya membawa pulang satu pingat emas serta satu gangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan