Rusuhan Di London Tak Jejas Penyertaan Malaysia Ke Olimpik

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi yakin kejadian rusuhan di London tidak akan berlarutan sehingga menjejaskan penyertaan negara dalam Sukan Olimpik tahun depan.

Sieh juga berkeyakinan keselamatan kontinjen negara yang mengambil bahagian dalam temasya itu nanti tidak terancam kerana kemampuan pihak berkuasa Britain untuk mengatasi situasi tersebut.

"Ini bukan sesuatu yang dirancang, jadi tak boleh cakap ia seperti ancaman 'keganasan'. Cuma masa ia berlaku tak sesuai dan menjatuhkan nama baik London sebagai penganjur Sukan Olimpik tahun depan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri menghadiri ceramah bertajuk 'Keeping Sports Clean and Fair-the Medical Input' di Akademi Sains Malaysia di Bukit Jalil, Rabu.

Ceramah itu disampaikan bekas atlet olahraga negara dan ahli akademik Tan Sri Dr M. Jegathesan.

Kejadian rusuhan dan kecurian di London, yang bermula Isnin lepas, dipercayai berpunca daripada insiden kecil apabila seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.

Huru-hara yang menyebabkan banyak kerosakan harta benda itu turut merebak ke Birmingham, Bristol dan Liverpool.

Sieh juga berkata ketua kontinjen Malaysia ke Olimpik Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, yang kini berada di London untuk menghadiri taklimat ketua kontinjen, berada dalam keadaan selamat.

"Begitu juga pasukan badminton kita di Wembley (London) yang sedang bertanding dalam Kejohanan Badminton Dunia. Setakat ini keadaan adalah terkawal," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan