Skuad Golf Pertaruh Hiliferah, Muhammad Wafiyuddin

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHENZHEN: Skuad golf negara tetap optimis untuk memburu pingat gangsa pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011) di sini walaupun sukan itu tidak menjadi sandaran pingat pada temasya dwitahunan itu.

Pengurus pasukan Shafferi Rejab berkata sasaran pingat gangsa dibuat berdasarkan kemampuan dan pengalaman dua atlet pelapis negara Hiliferah Tan dan Muhammad Wafiyuddin Abdul Manaf.

"Saya yakin dengan kemampuan mereka lagi pun mereka sebelum ini pernah beraksi di beberapa kejohanan bertaraf dunia termasuk temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Chiang Mai, Thailand, tahun lepas," katanya kepada Bernama, di sini, Selasa.

Shafferi berkata walaupun terpaksa beraksi di bulan Ramadan, beliau yakin atlet yang beragama Islam mempunyai ketahanan diri yang tinggi walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca panas.

Katanya skuad negara seramai tujuh pemain telah menjalani latihan di beberapa kelab golf sekitar Kuala Lumpur termasuk di Saujana Golf and Country Club yang mirip dengan Kelab Golf Mission Hills di sini.

Selain Hiliferah dan Muhammad Wafiyuddin, lima lagi pemain golf yang menggalas cabaran negara di sini ialah Mohd Noorhakimi Che Ya, Ahmad Fadli Baharudin, Muhamad Shafiq Saiful Anuar serta pasangan kembar Nurdiyanah Damian dan Nurdahiyah Damian.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan