Sukan SEA:Penganjur Di Indonesia Terpaksa Berjimat-Cermat

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang daripada tiga bulan menjelang Sukan SEA ke-26 di Indonesia dibuka secara rasmi, penganjur temasya dwitahunan itu, perlu berjimat cermat selepas pemerintah negara berkenaan tidak dapat memenuhi bajet yang dipohon penganjur.

Menteri Koordinator Bidang Kesejahteraan Rakyat Agung Laksono dipetik oleh Jakarta Post sebagai berkata Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) dan Kementerian Ehwal Sukan dan Belia Indonesia tidak akan menerima lebih daripada RM248.83 juta seperti yang dijanjikan oleh Kementerian Kewangan.

"Ia adalah keputusan akhir, jadi kita harus bijak menguruskan dana," kata Setiausaha Kementerian Ehwal Sukan dan Belia Djoko Pekik.

Menurut laporan itu, jumlah keseluruhan kos Sukan Sea yang ditanggung kerajaan pusat sejak 2009 adalah kira-kira RM603 juta, iaitu lebih separuh daripada cadangan asal RM1.1 bilion.

Pengerusi Inasoc Rita Subowo berkata beliau kecewa tetapi yakin temasya sukan dwitahunan itu akan tetap berjaya dianjurkan.

Rita berkata Inasoc akan berusaha mendapatkan lebih banyak penaja untuk mengatasi kekurangan bajet berkenaan.

Kebanyakan venue di Jakarta, yang akan sama-sama menganjurkan sukan itu bersama Palembang dari 11-22 Nov, telah ada dan hanya memerlukan pengubahsuaian kecil.

Manakala bagi bandar raya Palembang, Sumatera Selatan, ia masih bergelut untuk menyiapkan tujuh venue sebelum sukan itu bermula pada November ini.

"Kami sedang berusaha untuk menyiapkan semua kerja-kerja binaan menjelang pertengahan bulan depan bagi membolehkan sebahagian venue menganjurkan acara ujian pada Oktober," kata Ketua Agensi Kerja Raya Sumatera Selatan Rizak Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan