MTBC Pilih Enam Pemain Ke Kejohanan Wanita Dunia

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) pada Isnin mengumumkan senarai enam pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Wanita Dunia di Hong Kong dari 1 hingga 11 Sept ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, MTBC berkata pemilihan pemain adalah berdasarkan cadangan jurulatih dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan MTBC.

Pasukan negara itu diketuai oleh pemain berpengalaman Esther Cheah, Sharon Koh dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.

Di samping itu, tiga pemain muda elit Jacqueline Sijore, Sin Li Jane dan Zatil Iman Abdul Ghani turut dipilih untuk mendapatkan pendedahan demi persediaan masa depan mereka.

"Kami tidak meletakkan sasaran tinggi untuk pasukan itu tetapi saya yakin mereka akan menujukkan prestasi yang baik semasa di Hong Kong," kata pengurus pasukan Cheah Ban Cheng, dalam kenyataan yang sama itu.

Esther, Zandra Aziela dan Sharon pernah beraksi pada tiga kejohanan dunia itu pada 2005, 2007 dan 2009.

Pencapaian terbaik negara pada kejohanan itu ialah di Alborg, Denmark, pada 2005 dengan satu emas, satu perak dan satu gangsa dan pada edisi 2007 di Mexico, Malaysia merangkul sebutir emas dan satu gangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan