Atlet Ski Air Jalani Latihan Intensif Di Putrajaya

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sembilan atlet ski air negara akan menjalani latihan intensif di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya selepas Aidilfitri ini sebagai persiapan ke Sukan SEA di Indonesia, November ini.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Ski Air dan Wakeboard Malaysia Norzeela Sulaiman berkata tarikh latihan masih belum ditetapkan kerana kebanyakan atlet ke Sukan SEA kali ini berumur 16 tahun ke bawah dan masih bersekolah.

"Kami perlu menyusun jadual latihan yang fleksibel untuk semua atlet," katanya kepada Bernama Selasa.

Norzeela berkata semua atlet tersebut dipilih melalui sesi pemilihan peringkat kebangsaan yang diadakan Jumaat lepas.

Mereka ialah Alexander Yoong, Hadi Irfan Rahaizah, Shamal Norman Abd Rahman, Zahhar Shamsul Anuar, Zaim Shamsul Anuar, Phillipa Clare Yoong, Aliyah Yoong Hanifah, Sophea Ayna Yein dan Nur Qaimarina Shamsul Anuar.

Pada Sukan SEA ke-26 yang bermula 11 hingga 25 Nov ini, skuad ski air negara akan bertanding dalam acara terbuka, jumping, slalom, tricking, wakeboard dan keseluruhan bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Kali terakhir sukan ski air dipertandingkan ialah pada temasya ke-19 di Jakarta, yang mana Malaysia mengutip satu pingat emas, satu perak dan dua pingat gangsa.

Norzeela berkata Kejohanan Ski Air dan Wakeboard Asia di Putrajaya pada 5 hingga 9 Okt ini juga dijadikan platform kepada atlet muda negara untuk menimba pengalaman kerana kejohanan itu turut membariskan atlet handalan seperti dari China dan Kuwait. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan