Liga Hoki Terengganu Akan Dihidupkan Semula

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Hoki Lelaki Negeri Terengganu (PHLNT) akan menghidupkan semula Kejohanan Liga Hoki Terengganu bagi merebut Piala Menteri Besar yang terhenti sejak 2008 lalu.

Setiausahanya Sabri Salleh berkata kejohanan yang akan diadakan selepas Adilfitri ini diharap akan mengembalikan kegemilangan sukan hoki di Terengganu khususnya di daerah-daerah.

"Kejohanan itu terhenti sebab kita beri tumpuan kepada Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung di Terengganu ketika itu di samping masalah kewangan persatuan," katanya.

Sabri berkata tahun ini pihaknya akan mengaktifkan semula kejohanan itu untuk memastikan ia tidak terkubur selain menjadikannya sebagai platfom untuk mengasuh bakat-bakat anak tempatan dalam sukan itu.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman lepas, kejohanan yang melibatkan pasukan antara daerah-daerah itu telah dapat melahirkan ramai pemain-pemain berbakat yang dapat mewakili negeri dan negara.

Sabri berkata selain itu, PHLNT akan menganjurkan Kejohanan Hoki Veteran Tertutup untuk memilih pemain bagi mewakili negeri ke Kejohanan Hoki Veteran Kebangsaan di Alor Setar, Kedah Disember ini.

Beliau berkata mana-mana pasukan hoki veteran di Terengganu yang berumur 40 tahun ke atas boleh menyertai kejohanan yang akan diadakan pada awal November.

Kali terakhir Terengganu menganjurkan kejohanan dan menyertai kejohanan itu ialah di Alor Setar dan berjaya menduduki di tempat ketiga, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan