Skuad Malaysia Hadapi Saingan 400 Pelayar Di 'Olympic Test Event' Di London

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Skuad pelayaran Malaysia yang kini berada di London untuk menyertai 'Olympic Test Event' mulai hari ini berhadapan saingan 400 pelayar dari 68 negara.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata pelayar yang membawa cabaran negara terdiri tiga beradik, Khairulnizam, Khairunneeta dan Khairunesa Mohd Afendy, Ku Anas Ku Zamil, Hafizuddin Mazelan dan Norashikin Mohamad Sayed.

Mereka bertanding dalam empat kelas acara Laser dan International 470, katanya kepada Bernama melalui e-mel dari Weymouth, London, tempat kejohanan itu berlangsung.

Mohd Afendy berkata pertandingan ujian ini ibarat kejohanan Olimpik dan sebab itu perhatian serius diberikan oleh skuad kebangsaan.

Beliau berkata hampir 80 peratus pelayar yang mengambil bahagian di Weymouth adalah pelayar yang layak ke Olympik.

"Kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia untuk bertanding dalam empat kelas adalah satu penghormatan dan peluang terbaik kepada pelayar negara menambah pengalaman selain merasai situasi seperti bertanding di Olympik," kata Mohd Afendy.

Negara-negara Asia yang turut mengambil bahagian termasuk Jepun, China, Korea, Hong Kong, Singapura dan Thailand.

Baru-baru ini skuad pelayaran negara menyertai kejohanan Laser dunia La Roselle di Perancis dan kejohanan kapal layar remaja dunia di Zadar, Croatia, dalam jelajah Eropah sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan Olimpik dan Sukan Sea. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan