Atlet Universiade Diminta Buktikan Keupayaan - Sekretariat

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet ke temasya Sukan Universiti Dunia 2011 (Universiade) diminta melakukan persembahan terbaik serta menjaga disiplin bagi menjulang imej negara sepanjang berada di Shenzhen, China.

Ketua Sekretariat kontinjen negara ke Universiade 2011, Roestam Affendi Sijar ketika memberi ingatan itu hari ini berkata, 180 atlet negara ke temasya sukan itu dari 12 hingga 24 Ogos perlu membuktikan bahawa mereka adalah kalangan atlet yang terbaik dipilih untuk menyertai sukan dwitahunan tersebut.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata atlet mahasiswa perlu memberi sepenuh perhatian kepada misi utama kontinjen kali ini iaitu melengkapkan sasaran satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini mengumumkan sasaran tersebut yang perlu dicapai oleh kontinjen negara.

Sandaran pingat diletakkan pada acara terjun, renang, berbasikal dan menembak.

Untuk rekod, pencapaian terbaik yang pernah diraih atlet negara ke temasya sukan itu ialah memenangi pingat perak menerusi acara taekwondo yang disumbangkan oleh Chee Chew Chan pada edisi 2007 di Bangkok, Thailand.

Roestam Affendi berkata atlet juga harus memanfaatkan penyertaan mereka ke Universiade untuk meningkatkan kemajuan prestasi masing-masing memandangkan terdapat beberapa negara yang akan menurunkan atlet handalan mereka termasuk peserta Sukan Olimpik London 2012 untuk memburu pingat di Shenzhen.

Skuad bola sepak serta gimnastik artistik negara menjadi kumpulan pertama ke Shenzhen di mana mereka dijadualkan bertolak dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Isnin ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan