Skuad Karate Kumite Ikuti Latihan Insentif Di Jepun Dan Eropah

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad karate kumite yang dianggotai oleh 15 atlet akan mengikuti latihan di Jepun dan Eropah sebagai persiapaan menghadapi temasya Sukan SEA ke-26 di Indonesia, November ini.

Jurulatih kebangsaan P. Arivalagan berkata latihan insentif selama seminggu akan bermula di Jepun pada minggu ketiga bulan ini sebelum ke Switzerland selama seminggu pada awal September dan Istanbul, Turki, pada pertengahan September ini.

"Jepun dan dua negara Eropah itu dipilih kerana mereka menerima pelawaan persahabatan kami dahulu.

"Bagaimanapun program akan berubah sekiranya kita mendapat negara yang lebih dekat kerana sumber kewangan yang terhad," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Arivalagan berkata atlet skuad negara akan dihantar secara berperingkat iaitu 10 ke Jepun dan sekembali dari negara itu, lima lagi akan dihantar ke Switzerland dan Turki.

Beliau berkata berkata lima atlet ke Eropah itu merupakan antara yang mempunyai prospek merangkul emas pada Sukan SEA Indonesia dari 11 hingga 22 November ini.

Atlet berkenaan ialah G.I. Yaamini (61kg), Jamalliah Jamaludin (68kg ke atas), Mohd Hatta Mahmud (84kg), Shahrudin Jamaludin (67kg) dan L. Kunasilan dalam kategori 60kg.

Katanya lima atlet berkenaan menjadi sandaran pasukan negara meraih emas pada Sukan SEA nanti berdasarkan prestasi konsisten mereka dan telah menjuarai beberapa kejohanan antarabangsa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Indonesia , P. Arivalagan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan