PHLNT Batal Jadi Tuan Rumah Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Hasrat Terengganu untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan pada November ini mungkin tidak kesampaian berikutan masalah padang dan stadium. Setiausaha Persatuan Hoki Lelaki Negeri Terengganu (PHLNT) Sabri Salleh berkata masalah itu mungkin mengakibatkan kejohanan itu dipindahkan ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Selangor.

"Kita amat terkilan kerana tidak dapat menganjurkan kejohanan itu walaupun Persatuan Hoki Malaysia telah memberi mandat kepada kita untuk menjadi tuan rumah sebelum ini," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Sabri berkata PHLNT amat berhasrat untuk menganjurkan kejohanan itu memandangkan ia belum pernah diadakan di Terengganu sebelum ini.

Beliau berkata Stadium Hoki Kuala Terengganu di Batu Buruk yang dicadangkan menjadi gelanggang utama menghadapi masalah lampu limpah manakala gelanggang kedua berhampiran Stadium Sultan Mizan di Gong Badak juga tidak boleh digunakan kerana masalah sistem semburan air di padang.

Oleh itu, Sabri berkata PHLNT mengambil keputusan membatalkan hasrat menjadi tuan rumah dan menyerahkan kembali kepada PHM untuk menentukan lokasi baru kejohanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan