Golf: Steel-Shaaban Tertinggal Satu Pukulan Di Belakang Pendahulu

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain profesional Malaysia Iain Steel dan Shaaban Hussin mempamerkan persembahan hebat pada pusingan pembukaan Kelayakan Asia Piala Dunia Omega Mission Hills di Kelab Golf Seri Selangor di Kota Damansara dekat sini, Rabu.

Gandingan yang baru dibentuk itu mencatat pukulan tujuh bawah par 64 untuk berada satu pukulan di belakang pendahulu kejohanan Mardan Mamat dan Lam Chih Bing dari Singapura.

Mengekori rapat di belakang mereka ialah pasangan New Zealand Michael Hendry dan Gareth Paddison, yang mencatat eagle pada lubang kelima dan keenam dengan pukulan enam bawah par 65.

Laman web rasmi Asian Tour melaporkan pasangan Malaysia itu memulakan permainan dengan cemerlang apabila Shaaban, yang beraksi untuk kali pertama dalam Kelayakan Asia, membuat eagle dari 10 kaki pada par lima lubang kelima dengan enam birdie dan satu bogey yang mereka catat pada lubang penutup.

"Saya agak gementar, tapi mujurlah Iain memberi beberapa tip tentang cara bermain dalam format seperti ini. Dia banyak membantu saya dan bermain dengan amat baik," kata Shaaban, yang menduduki tempat ke-20 pada kejohanan Indonesian Masters awal tahun ini.

Steel pula berkata ujian sebenar ialah pada pusingan kedua esok yang menggunakan format empat pemain.

"Esok adalah ujian sebenar kerana kami akan mengetahui sama ada gandingan ini benar-benar berkesan. Permainan akan menjadi lebih terserlah dan kami akan mengetahui kedudukan setiap pemain.

"Permainan akan berbeza sama sekali dan kami perlu bersabar," kata Sabahan, yang kini berpangkalan di Amerika dan muncul untuk kali pertama dalam kejohanan Piala Dunia.

KEDUDUKAN PUSINGAN PERTAMA (FOURBALL):

63 – Singapura (Lam Chih Bing, Mardan Mamat)

64 – Malaysia (Iain Steel, Shaaban Hussin)

65 – New Zealand (Michael Hendry, Gareth Paddison)

66 – Myanmar (Zaw Moe, Nay Bala Win Myint)

67 – India (Anirban Lahiri, Gaganjeet Bhullar)

68 – Taipei China (Tseng Hua-yen, Lin Kuan-po), Pakistan (Mohd Shabbir Iqbal, Muhammad Munir)

70 – Sri Lanka (Anura Rohana, Mithun Perera), Filipina (Mars Pucay, Antonio Lascuna), Korea (Kim Hyung-sung, Park Sung-joon)

73 – Hong Kong (Wong Woon Man, William Fung), Indonesia (Hardjito, Burhan Bora)

74 – Senegal (Niang Samba, Gueye Diadji)

76 – Vietnam (Nguyen Thai Duong, Michael Tran)

77 – Ghana (Stephen Kwame Klah, Godwin Sai)

78 – Brunei (Pengiran Hassanal, Moksin Jinaidi) - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan