Atlet Berbasikal Lebuh Raya Jalani Ibadah Puasa Di Chiang Mai

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal lebuh raya negara kini menjalani latihan di Chiang Mai, Thailand sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan SEA, Indonesia 2011 yang dijadualkan berlangsung pada November nanti.

Pengarah Cawangan Elit Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Arrifin Mohd Ghani berkata seramai 33 orang atlet negara terdiri daripada atlet elit dan pelapis serta beberapa atlet negeri Terengganu bertolak ke Chiang Mai pada Isnin (1 Ogos) dan akan menjalani latihan selama 28 hari di sana.

"Saya fikir atlet berbasikal kita tidak akan mempunyai masalah walaupun terpaksa menjalani latihan dalam bulan Ramadan kerana kebanyakan daripada mereka terdiri daripada atlet yang berpengalaman.

"Lagipun kita ada menghantar bersama pegawai pemakanan dari Institut Sukan Negara (ISN) bagi menjaga diet pemakanan atlet sepanjang berada di sana," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Arrifin berkata MSN dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memilih Ching Mai kerana bentuk lebuh raya dan geografinya hampir sama dengan Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan