Kecederaan Tak Halang Pandelela Sertai Sukan Universiti Dunia Di China

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandelela Rinong bertekad menyertai Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Shenzhen, China, bulan ini meskipun masih kesakitan kerana kecederaan.

Pandelela, 18, yang cedera di pinggang ketika beraksi pada Kejohanan Akuatik Dunia (FINA) di Shanghai pada 20 Julai lepas, berkata beliau tetap mahu ke Shenzen kerana ia adalah penyertaan pertamanya dalam kejohanan itu.

"Saya tidak pernah mewakili negara ke kejohanan itu dan kesakitan ini diharap tidak mengganggu konsentrasi saya.

"Kesakitan ini memberi kesan hingga di bahagian tengkuk dan merimaskan saya tapi ia semakin baik setelah saya ke Institut Sukan Negara untuk mendapatkan awatan," katanya kepada Bernama, Isnin.

Pandelela, yang mula menjalani latihan di Pusat Akuatik Bukit Jalil, di bawah kendalian jurulatih China yang mendapat kerakyatan Australia, Yang Zhu Liang, mengakui sedikit tertekan untuk menggalas cabaran membawa pulang pingat emas setelah tersenarai dalam program 'Road To London 2012'.

"Bagaimanapun tekanan inilah mendorong saya mempamerkan aksi yang terbaik dan ia nyata dua kali lebih sukar berbanding penyertaan kejohanan antarabangsa lain," kata penerjun berasal dari Sarawak itu yang telah menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012 dalam acara 10 meter platform individu.

Pandelela berkata negara perlu menggilap lebih ramai penerjun muda untuk bertanding dengan lebih kerap di peringkat antarabangsa.

"Langkah yang penting ialah terus melahirkan penerjun yang kompetitif dan cuba mengejar kejayaan penerjun China. Oleh sebab itulah juri lebih mengenali penerjun China yang kerap beraksi di peringkat antarabangsa.

"Penerjun yang dikenali juri lebih mudah mendapat markah kerana sukan terjun merupakan sukan subjektif," katanya.

Pandelela berkata walaupun hanya beberapa penerjun dari skuad elit yang menyerlah, beberapa nama lain seperti Joey Loh Zhiayi dan Traisy Vivien Tukiet dijangka mampu menyaingi jejak langkah Bryan Nickson Lomas dan Leong Mun Yee. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan