Terengganu Kembali Ke Kejohanan Renang Antara Kelab-kelab

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) berhasrat kembali menyertai Kejohanan Renang Antara Kelab-Kelab Malaysia bagi merebut Piala Presiden di Shah Alam, Selangor, Disember ini.

Setiausaha PRAT Yan Kong Lee berkata bagi memenuhi hasrat itu, pihaknya telah menyenaraikan seramai 15 perenang lelaki dan wanita bagi persiapan awal untuk menghadapi kejohanan tersebut.

"Kita akan kembali menyertai kejohanan renang antara kelab-kelab Malaysia tahun ini setelah menyepikan diri kerana kolam renang rosak dan tidak boleh digunakan tahun lepas," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tujuan PRAT menyertai kejohanan itu bukankan untuk mencari kemenangan atau kejayaan, tetapi hanya sekadar untuk menguji prestasi dan pencapaian perenang renang Terengganu sebelum bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuantan, Pahang, tahun depan.

Katanya bekas jurulatih kebangsaan Foo Yock Meng akan membimbang skuad negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Yan berkata PRAT akan menganjurkan Kejohanan Renang Novis Terengganu untuk peserta berumur bawah 9,11,13 dan 15 tahun pada Oktober ini.

Beliau berkata kejohanan itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada corak pertandingan kepada peserta yang baru hendak belajar berenang dan dijangka hampir 100 peserta akan menyertai kejohanan itu.

Katanya kejohanan itu adalah di antara beberapa aktiviti PRAT dalam usaha untuk mengasah bakat serta mengembangkan sukan renang di kalangan remaja di Terengganu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan