Kimberley Janji Pamer Aksi Terbaik Di Universiade, Shenzen

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet triathlon negara Kimberly Yap berazam untuk menampilkan aski terbaik pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-26 di Shenzen, China dari 11 hingga 23 Ogos ini.

Tanpa mahu meletakkan sasaran tinggi pada penyertaan sulungnya pada kejohanan itu, Kimberly berharap dapat berada dalam kelompok 16 peserta terbaik.

Pada temasya itu, beliau akan mengambil bahagian dalam acara berbasikal 3km kejar-mengejar individu dan 20km perlumbaan mata.

"Pesaing utama dalam temasya Universiade kali ini adalah daripada kalangan pelumba dari benua Eropah dan negara Asia lain seperti Jepun dan Korea Selatan serta pelumba tuan rumah, China," katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui pada majlis jamuan ringan dan penyerahan cenderamata kepada atlet Universiti Terbuka Malaysia (OUM) oleh Presiden OUM, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali di kampus induk universiti berkenaan di sini, Rabu.

Selain Kimberly, turut hadir pada majlis itu ialah Lo Choon Sieng, Yap Jeng Tzan dan Tan Song Hwa (olahraga) dan Ruberchandran S. Ramachandran (lawan pedang).

"Sebagai persediaan, saya telah menjalani latihan penuh sejak dua bulan lepas bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di samping menyertai beberapa kejohanan lain," kata pelajar jurusan Sarjana Muda Sains Sukan universiti berkenaan.

Menurut beliau, sebelum berlepas ke Shenzen, skuad berbasikal akan menjalani kem latihan di Chiang Mai, Thailand sebagai persediaan menghadapi temasya Universiade dan juga Sukan SEA di Palembang dan Jakarta, Indonesia pada November ini.

Selain Kimberly, skuad berbasikal negara turut diwakili Mohd Rauf Nur Misbah dan Akmal Amrun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan