Sukan SEA: 15 Pesilat Berlatih Di Chiang Mai

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) akan menghantar 15 pesilat ke Chiang Mai, Thailand dari 8 hingga 15 Ogos sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea Indonesia 2011, November ini.

Penyelaras Pesaka Osman Nok berkata sepanjang lapan hari latihan di Chiang Mai, pesilat negara akan mengadakan sesi rakan selatihan dengan pesilat Thailand.

"Selain itu, pesilat negara dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan pesilat Thailand pada 11 dan 12 Ogos," katanya kepada Bernama.

Osman berkata selain Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara ke-3 yang berakhir 14 Julai lepas, latihan di Chiang Mai akan dijadikan platform untuk menilai prestasi pesilat negara.

"Setakat ini kesemua pesilat kita menunjukkan prestasi yang baik sepanjang latihan dan kami harapkan ia berterusan namun, jika terdapat kemerosotan dari segi persembahan, kami mungkin akan pertimbangkan untuk mengadakan pertukaran," katanya.

Osman berkata secara keseluruhan, seramai 24 pesilat akan menggalas cabaran negara dalam 18 kategori pada temasya dwitahunan itu.

"Lima belas pesilat yang akan berlatih di Chiang Mai terdiri daripada skuad elit, selebihnya telah diserapkan ke skuad pelapis dan akan menjalani latihan mengikut fasa yang ditetapkan Pesaka, Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya.

Mengulas mengenai penambahan kategori silat pada temasya kali ini, beliau berkata Pesaka mengharapkan pencapaian lebih baik dari segi pungutan pingat mahupun prestasi semua pesilat berbanding kejohanan lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan