Piala Dunia Istaf 2011: Malaysia Kecewakan Harapan Filipina Ke Peringkat Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dengan mudah mara ke peringkat separuh akhir bagi kategori lelaki setelah mengecewakan Filipina 3-0 pada perlawanan peringkat suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2001 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Sabtu.

Pada set pertama trio negara yang dibarisi oleh Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azam Abdul Hamid dan Farhan Adam melakukan sedikit kesilapan pada awal perlawanan namun berjaya memperoleh kemenangan 15-11.

Kemenangan set pertama memberi semangat kepada skuad bimbingan Jamaluddin Hassan memenangi set kedua 15-4 dalam masa lapan minit.

Malaysia melakukan perubahan pada posisi tekong pada set ketiga menggantikan tempat Noor Azman dengan Muhammad Syazwan Husin dan posisi apit kanan, Norshahruddin digantikan dengan Mohd Helmi Ismail.

Skuad negara menamatkan perlawanan set ketiga dengan mata 15-3 dalam masa tujuh minit.

Trio Filipina dibarisi oleh Oliver Tumang, John John Bobier dan Jason Huerte Jason.

Jurulatih skuad lelaki negara Jamaluddin Hassan berkata anak didiknya masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan keadaan dengan gelanggang dan bilangan penonton yang ramai untuk beraksi lebih mantap.

Jamaluddin turut mengakui skuad negara ada melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya pada set pertama namun berjanji untuk mengatasinya segera.

"Kita perlu berhati-hati sekiranya bertemu India pada perlawanan berikutnya (perlawanan separuh akhir) kerana pasukan tersebut kelihatan berbeza dan lebih mantap daripada sebelum ini," katanya.

Beliau berkata daripada pemerhatiannya skuad India mempunyai kepantasan yang luar biasa berbanding sebelum ini walaupun pernah bertemu dengan pasukan tersebut pada perlawanan peringkat kumpulan di temasya Sukan Asia yang berlangsung Guangzhou, China pada 2010. – BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan