Skuad Pilihan Malaysia Sedia Pamer Yang Terbaik

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan pilihan Malaysia tekun menjalani latihan fizikal untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Chelsea di Padang majlis Sukan Negara (MSN), Selasa. Foto: BERNAMA
Pasukan pilihan Malaysia tekun menjalani latihan fizikal untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Chelsea di Padang majlis Sukan Negara (MSN), Selasa. Foto: BERNAMA

PETALING JAYA: Menjelang perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011, pasukan pilihan Malaysia bakal mempamerkan kekuatan tersendiri menentang bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam Khamis.

Skuad pilihan kendalian Ong Kim Swee ini dilihat bersedia menentang The Blues biarpun sedar bukan mudah untuk bersaing, namun segalanya akan terjawab pada perlawanan ini.

Kim Swee berkata, pasukan pilihan ini dibentuk dengan gabungan pemain-pemain skuad Harimau Muda (Olimpik Malaysia) serta beberapa orang pemain senior yang pernah menyarung jersi negara.

“Sepanjang latihan, pemain-pemain senior turut memberi tunjuk ajar kepada pemain muda dan ini merupakan satu situasi yang baik. Seramai 21 orang dipilih dan saya akan cuba memberi peluang kepada semua pemain untuk beraksi pada perlawanan ini.

“Ia peluang yang sangat baik kepada pasukan negara bukan sahaja dalam persiapan pasukan Harimau Muda dalam Kelayakan Sukan Olimpik, malah ia juga membuka ruang kepada pemain senior untuk mempamerkan kembali aksi terbaik mereka seperti mana ketika menyarung jersi kebangsaan dulu,” katanya kepada pemberita.

Antara pemain-pemain yang terpilih selepas menjalani latihan pusat sepanjang sepuluh hari ialah Mohd Zubir Mohd Azmi, Abdul Shukor Jusoh, Joseph Kalang Tie, Norhafiz Zamani Misbah, Subramaniam Sooryapparad, Shahrulnizam Mustapa, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Irfan Fazail, Mohd Badri Mohd Radzi, Thamil Arasu Ambumamee, Hairudin Omar, Gary Steven Robbat, Mohd Amri Yahyah, Mohd Farizal Marlias, Mohammad Amer Saidin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Affize Faisal Mamat.

Perlawanan persahabatan ini merupakan aksi ketiga skuad Malaysia menentang kelab EPL termasuk Arsenal dan Liverpool yang berlangsung minggu lalu.

Sebelum ini pasukan bimbingan Datuk K.Rajagobal turut mempamerkan aksi memberangsangkan biarpun tewas 0-4 kepada Arsenal, manakala kalah 3-6 kepada Liverpool.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan