Sistem Kiraan Baru Dalam Sepak Takraw Beri Peluang Seimbang

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem baru kiraan mata dalam sepak takraw diperkenalkan bagi menyekat penguasaan negara tertentu sementara memberipeluang seimbang kepada semua negara memperoleh kecekapan dalam sukan itu.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, berkata sistem baru kiraan 15 mata dan perubahan peraturan permainan akan diguna pakai pada Kejohanan Piala Dunia ISTAF Pertama di Stadium Titiwangsa di sini, mulai Khamis.

"Sistem baru kiraan mata adalah lebih terbuka dan diharap dapat mengelak mana-mana negara menguasai perlawanan hanya menerusi servis tekong sahaja," katanya kepada pemberita selepas menerima penajaan dari beberapa syarikat di sini, Rabu.

Mengikut format lama, katanya, beliau pernah melihat tekong boleh memungut sehingga 14 mata sekaligus tetapi di bawah sistem baru, servis tekong hanya dibenarkan sebanyak tiga kali sebelum servis berpindah ke pihak lawan.

Kejohanan Piala Dunia ISTAF 2011 yang berlangsung sehingga Ahad ini menawarkan hadiah wang tunai RM150,000.

Kejohanan itu telah menarik penyertaan 24 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita dari 24 negara termasuk Australia, China, Taiwan, Jerman, Iran, India, Indonesia, Amerika Syarikat, Oman, Perancis dan Korea Selatan.

Menjelaskan format baru itu, Ahmad berkata bagi format regu ditentukan menerusi lima set dengan pasukan yang memenangi tiga set diisytiharkan sebagai pemenang.

Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) memperkenalkan format tiga kali servis dan 15 mata penamat berbanding sistem kiraan lama 21 mata tanpa had kepada servis.

Ahmad berkata peraturan baru itu diharap dapat memenuhi tuntutan komersial kerana bukan saja membabitkan sistem kiraan mata tetapi juga rombakan menyeluruh dalam permainan sukan itu.

Misalnya, katanya, ISTAF juga memperkenalkan reka bentuk baru gelanggang berwarna merah berbanding hijau sebelum ini dengan zon eksklusif dilebarkan bersebelah tiang jaring dan kerusi pengadil.

Katanya selepas Kejohanan Piala Dunia di sini, ISTAF akan menganjurkan kejohanan pertama Siri Super ISTAF 2011/2012 membabitkan lima kejohanan antarabangsa di Thailand, Malaysia, Vietnam, Iran dan China.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan