Muhyiddin Mahu Permainan Sepak Takraw Disertai Oleh Semua Kaum

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan harapan agar semua kaum di Malaysia dapat melibatkan diri dalam permainan sepak takraw dengan mereka mewakili peringkat daerah, negeri dan negara dalam sukan berkenaan.

Beliau berkata permainan sepak takraw dijayakan dengan baik oleh semua kaum utama di Asia termasuk China, India, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Kanada, Australia, Perancis dan Jerman.

"Saya tidak nampak sebab kenapa pasukan negeri dan negara kita tidak dapat menarik minat bukan Melayu ke dalam sukan ini. Ia seharusnya dimainkan di semua negeri dan wang hadiah seharusnya cukup menarik untuk mendapatkan lebih banyak penyertaan.

"Jika kita berjaya melakukan perkara ini, kita akan dapat melihat konsep 1Malaysia diterapkan ke dalam sukan menerusi permainan sepak takraw, manakala Persatuan Sepaktakraw Malaysia pula dapat memperluaskan pencarian bakat memandangkan sukan itu kini diceburi oleh semua kaum," katanya ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2011 Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di sini malam Rabu.

Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan perjanjian penajaan oleh Naza World yang menaja 36 Chevrolet Captiva dan Limousine Mercedez S Class untuk kegunaan penganjur serta pemain sepanjang kejohanan berlangsung.

Sejumlah 36 pasukan dari 24 negara mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan buat julung kali itu yang bermula Khamis dan tamat pada 24 Julai di Stadium Titiwangsa di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan