Skuad Layar Laser Negara Berlepas Ke LA Rosella, Perancis

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Skuad layar Laser negara dengan tiga pelayar berlepas ke La Roselle, Perancis untuk memberi saingan pada Kejohanan Laser Dunia yang sedang berlangsung.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata mereka terdiri daripada Mohd Romzi Mohamad, Khairulnizam Mohd Afendy dan Khairunneeta Mohd Afendy.

Sebelum ini, mereka menyertai kejohanan kapal layar remaja dunia di Zadar, Croatia yang berakhir semalam.

Katanya pelayar International 470 pula akan berangkat ke Belanda untuk menyertai Kejohanan kelas 470 Remaja dunia di Medemblik mulai 20 hingga 28 Julai ini, selepas kejohanan itu semua akan berkumpul di London untuk 'Olympic Test Event'.

"Pasukan Laser dan International 470 telah pun mendapat tempat dalam senarai pasukan percubaan," katanya menerusi e-mel kepada Bernama di sini, Ahad.

Mohd Afendy berkata pelayar elit, Khairulnizam hanya mampu meraih tangga kelima walaupun sebelum itu berada di tangga keempat pada kejohanan kapal layar remaja dunia di Zadar, Croatia.

Beliau berkata walaupun begitu Khairulnizam masih dalam kedudukan yang baik kerana pada saingan tahun lepas hanya mampu berada pada kedudukan ketujuh dunia.

"Impian Khairulnizam untuk membaiki kedudukan tidak menjadi dengan kekuatan angin yang sederhana, beliau hanya menamatkan perlumbaan keseluruhan di tempat kelima," katanya.

Sementara itu, adik Khairulnizam iaitu Khairunneeta yang turut bertanding dalam kelas Laser Radial wanita kurang menyerlah dan menamatkan perlumbaan keseluruhan di tempat ke-22.

"Pencapaian kelas International 420 jauh berbeza di mana tahun lepas kita menduduki tempat kelapan, tahun ini tempat ke-15. Ini tidak boleh dijadikan ukuran kerana semua pelayar adalah muda dan baru pertama kali mendapat pendedahan luar negara," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan