Peserta Thailand Ungguli Kejohanan Motocross Asia DIM 2011 - Sukan Ekstra | mStar

Peserta Thailand Ungguli Kejohanan Motocross Asia DIM 2011

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Sabtu berkenan berangkat menyampaikan hadiah Kejuaraan Motocross Asia FIM 2011 di trek perlumbaan Kompleks Sukan Gong Badak di sini.

Kejohanan yang melibatkan enam kategori perlumbaan itu bermula sejak Khamis lepas melibatkan 75 peserta dari Filipina, Thailand, Indonesia, Mongolia, China, Jepun, Iran dan Malaysia sebagai tuan rumah dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM30,000.

Peserta dari Thailand menguasai kejohanan itu bagi kategori MX2 Asia setelah pelumbanya Thanarat Penjan yang menunggang motosikal Kawasaki memenangi tempat pertama menamatkan perlumbaan 14 pusingan dengan masa 1:41.744s.

Manakala rakannya Arnon Theplib (Honda) dan Arongkok Pinpon (Honda) memenangi tempat kedua dan ketiga dengan masa 1:44.592s dan 1:42.570s.

Thailand juga menguasai kategori MX85 Asia apabila pesertanya Kobkarn Krobngoen dan Nattawat Iamdee memenangi tempat pertama dan kedua kategori itu manakala tempat ketiga jatuh kepada peserta Malaysia Mohd Zulnazmi Mohd Zulhilmi.

Bagi kateogori Expert Moto 2 Khairil Syazwan Mohd Khair Affandi menjuarai tempat pertama manakala Mohammad Khairi Zakaria dan M Amir Yusoff Mohd Ridzuan di tempat kedua dan ketiga.

Lain-lain keputusan kejohanan itu bagi kategori Novice Moto 2 tempat pertama dimenangi Muhammad Alif Jamal, Mohamad Fadzil Embok Cheniq (kedua) dan Ahmad Nasale Najmi (ketiga).

Bagi kategori Cubcross Moto 2 pula tempat pertama dimenangi Ahmad Nasale Najmi, Muhamad Mukhlis Basri (kedua) dan Mohd Hasan A Wahab (ketiga).

Manakala kategori Junior Moto 2 tempat pertama dimenangi Mohd Zulnazmi Mohd Zulhilmi, diikuti Nazrin Asdin dan Muhammad Akhmal Az Junaidi.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan