MWWF Hantar Dua Peserta Ke kejohanan Ski Air Dunia Di Rusia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) akan menghantar pasangan adik-beradik ke Kejohanan Ski Air Dunia IWWF di Dubna, utara Moscow, Russia dari 18 hingga 24 Julai ini.

Menurut kenyataan MWWF, penyertaan Phillipa Yoong, 33 dan adik perempuannya Aaliyah Yoong Hanifah, 8, itu adalah sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA di Indonesia dari 11 hingga 25 Nov ini.

Pengurus pasukan, Hanifah Yoong, yang juga bapa kepada dua peserta itu, berkata penyertaan itu adalah pertama kali sejak lapan tahun memandangkan kedua-dua peserta itu mempunyai potensi meraih pingat emas pada Sukan SEA nanti.

"Mereka memerlukan persediaan mental di tahap yang tinggi bagi mencapai sasaran di Indonesia. Di Russia, sasaran Phillipa dan Aaliyah adalah untuk memperbaiki catatan terbaik peribadi masing-masing," katanya, Jumaat.

Phillipa akan menyertai kesemua tiga acara wanita -- slalom, tricks dan jumpa manakala Aaliyah sebagai peserta paling muda pada kejohanan itu, akan hanya mengambil bahagian dalam acara kegemarannya, iaitu tricks.

Phillipa merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam cara slalom dan jump manakala Aaliyah juga pemegang rekod kebangsaan acara tricks dan kini menduduki ranking utama di rantau Asia Tenggara.

Kedua-dua mereka merupakan atlet pilihan untuk merangkul emas pada Sukan SEA di Indonesia dalam acara masing-masing.

Malaysia kali terakhir beraksi pada kejohanan ski air dunia pada 1993 apabila kejohanan itu dianjurkan di Singapura.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan