Hoki: Malaysia Jumpa Jepun

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara akan mengadakan lima perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Jepun di sini pada bulan Ramadan iaitu dari 7 hingga 14 Ogos ini.

Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) Maninderjit Singh berkata siri perlawanan itu merupakan sebahagian daripada progam persediaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

"Institut Sukan Negara (ISN) juga akan mengambil kesempatan itu untuk menguji tahap kecergasan pemain dalam keadaan berpuasa.

"Kajian ini amat penting memandangkan Sukan Olimpik tahun depan (dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012) jatuh pada bulan Ramadan," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Selain skuad negara bimbingan jurulatih Tai Beng Hai itu, skuad Projek 2013 juga akan turut mengadakan satu perlawanan dengan Jepun pada 11 Ogos ini.

Maninderjit berkata sebaik saja selesai latihan di Belanda pada 20 Julai ini, pemain negara akan mewakili pasukan masing-masing pada pusingan akhir kejohanan Piala Tun Abdul Razak di Melaka dari 21 hingga 30 Julai ini.

Selepas siri perlawanan persahabatan dengan Jepun, skuad negara akan menyertai Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia pertama di Ordos, China dari 3 hingga 11 September ini sebelum ke Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan, dari 26 Nov hingga 4 Disember ini.

Katanya penyertaan negara pada kejohanan antarabangsa itu bertujuan memperbaiki ranking dunia ke-15 kepada 12 menjelang akhir tahun ini. Jadual Perlawanan Persahabatan Menentang Jepun:

(Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil).

7 Ogos - Malaysia lwn Jepun - 8.45 malam

8 Ogos - Malaysia lwn Jepun - 6.50 petang 10 Ogos - Malaysia lwn Jepun - 6.10 petang

11 Ogos - Skuad 2013 lwn Jepun - 8.45 malam

13 Ogos - Malaysia lwn Jepun - 6.50 petang

14 Ogos - Malaysia lwn Jepun - 6.10 petang.

-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan