Malaysia Hos Kelayakan Golf Piala Dunia Asia Ogos Ini

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi dipilih untuk menjadi hos Kelayakan Piala Dunia Asia Omega Mission Hills yang akan diadakan di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 3 hingga 6 Ogos.

Negara tiga teratas berpeluang bertanding untuk merebut hadiah US$7.5 juta (kira-kira RM22.6 juta) Piala Dunia Asia Omega Mission Hills di Mission Hills Resort, pulau Hainan, China dari 24 Nov hingga 27.

Pasukan-pasukan dari Asia, termasuk Malaysia dan Afrika dijangka menandatangani kelayakan tersebut, menurut laman web Asia Tour.

Format permainan itu sama dengan Piala Dunia di mana empat bola digunakan pada pusingan pertama dan ketiga sementara foursomes (alternate shot) dimainkan pada pusingan kedua dan akhir.

Eropah dan Amerika Selatan maing-masing akan juga menjadi hos kelayakan di mana pasukan tiga teratas akan menerima tiket ke Piala Dunia.

Pengerusi Jelajah Asian Kyi Hla Han berkata Kelayakan Piala Dunia Asia Omega Mission Hills merupakan satu peluang untuk pasukan Asia mencari jalan ke Piala Dunia yang diadakan dua tahun sekali.

"Pemain Asia jarang-jarang mempunyai peluang untuk mewakili negara mereka dalam kejohanan pasukan profesional golf dan saya pasti negara utama di rantau ini berazam untuk menghantar pemain terbaik ke kelayakan ini," kata Han.

Sebanyak 28 negara akan menyertai pasukan final untuk bermain pada kelayakan ini.

Pasukan pemenang akan berkongsi hadiah kejohanan US$2.4 juta (kira-kira RM7.25 juta).

Jelajah Asia ialah penganjur Kelayakan Asia bagi pihak Persekutuan Antarabangsa Jelajah PGA. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan