Skuad Memanah Negara Buru Tiket Ke Sukan Paralimpik London 2012

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad elit memanah paralimpik negara menyasarkan kedudukan enam teratas pada Kejohanan Memanah Dunia di Stupinigi Hunting Palace, Torino, Itali, pada 10 hingga 19 Julai ini.

Kejohanan dunia itu menawarkan enam pasukan terbaik menempah tiket ke Sukan Paralimpik London 2012, kata jurulatih memanah paralimpik negara, Amirullah Ahmad.

Selain kejohanan dunia itu, katanya, Kejohanan Memanah Berkerusi Roda Kebangsaan Britain dan Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Stoke Mandeville, England, September ini, turut menjadi pusingan kelayakan Sukan Paralimpik London.

"Ini tidak bermaksud kita tidak menghantar atlet sertai lain-lain kejohanan. Mereka turut dihantar menyertai pelbagai kejohanan berpretasi tinggi sebagai persediaan atlet," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Skuad memanah negara akan diketuai oleh pemanah nombor satu dunia, Mohammad Salam Sidik, Zulkifli Mat Zin, Mohd Zafi Rahman, Hasihin Sanawi serta pemanah wanita tunggal, Nor Saadah Abdul Wahab.

Mereka dijadualkan akan berlepas ke Torino, Khamis ini.

Sementara itu, Hasihin yang pertama kali akan beraksi dalam Kejohanan Dunia itu berkata dia mahu mempamerkan prestasi terbaik dan mengharumkan nama negara.

"Ini pertama kali saya beraksi di Eropah dan saya tidak tahu kekuatan pemanah lain. Kalau boleh saya mahu jadi pemanah 'underdog' dan melakukan kejutan terhadap atlet-atlet ternama," kata pemuda berusia 28 tahun itu.

Beliau yang hanya mengenali sukan memanah tahun lepas, telah berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Memanah Piala Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) pertama di Bangkok, Thailand, Mei lepas.

Hasihin, yang berganding dengan Mohammad Salam dan Mohd Zafi, menewaskan trio dari Thailand, 203-192 dalam acara berpasukan lelaki ARW2.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan