Skuad Bola Jaring Kebangsaan Tekad Pamer Aksi Cemerlang

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun bukan pasukan pilihan, Skuad bola jaring kebangsaan bertekad untuk beraksi cemerlang pada Kejohanan Bola Jaring Dunia ke-13 yang akan berlangsung di Singapura pada 3 hingga 10 Julai.

Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Suraya Yaacob berkata beliau harap skuad kebangsaan mampu menyaingai pasukan lain yang diletakkan bersama dalam kumpulan D iaitu England, Malawi dan Barbados.

Beliau juga berharap penyertaan kali ini mampu mengubah kedudukan Malaysia daripada kedudukan tempat ke-22 kepada kedudukan ke-12 terbaik dunia.

"Kami harap pemain kebangsaan mampu bermain dengan baik dan sekurang-kuranyanya mengatasi pasukan dalam kumpulan D," katanya kepada pemberita selepas Majlis penyerahanan Jalur Gemilang yang di sempurnakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Selasa. Suraya yang juga Ketua Kontinjen negara ke temasya itu berkata antara 16 negara yang layak bertanding dalam kejohanan itu ialah Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Wales, Fiji, Ireland Utara dan Jamica.

Beliau berkata penganjuran tahun ini berbeza daripada sebelum ini apabila negara tuan rumah, Singapura buat pertama kali memperkenalkan sistem kelayakan untuk menyertai kejohanan kali ini berbanding penyertaan berdasarkan jemputan sebelum ini.

Suraya berkata penganjuran edisi ke-13 ini adalah yang terbaik dalam sejarah penganjuran Kejohanan Bola Jaring Dunia.

"Skuad negara kini bersedia sepenuhnya setelah menjalani latihan pusat selama tujuh bulan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery berpesan agar semua barisan pemain kebangsaan melakukan yang terbaik dan bermain secara bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama di pentas dunia.

"Saya harap skuad bola jaring kebangsaan mampu layak ke pusingan akhir dan seterusnya menjadi juara," katanya.

Dua belas pemaian yang akan membarisi skuad bola jaring kebangsaan ke kejohanan itu ialah S.Aruna (Ketua Pasukan), Nur Ezzaini Mohd Nor, Norashikin Kamal Zaman, Izyan Syazana Mohd Azhar, Nurul Adha Abu Bakar, Siti Nor Farhana Mustafa, Noramirah Dayana Noor Azhar, Nur Syafazliyana Mohd Ali, Nurul Shaffa Mustafa, Nur Shamilia Mohd Samsudin, Nur Salfarina Muhammad Amin dan Noor Atika Mohd Radzi. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan