Liga Bola Tampar Malaysia Dianjurkan Semula Selepas 13 tahun

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah 13 tahun berkubur, Liga Bola Tampar Malaysia dianjurkan semula tahun ini dengan objektif mempopularkan sukan itu di kalangan penduduk di bandar-bandar kecil.

Liga tersebut yang sebelum ini melibatkan pasukan lelaki sahaja kini turut memperkenalkan kategori pasukan wanita selain diberi nama baru iaitu Liga Bola Tampar 1Malaysia.

Naib Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava), Azahari Sairin berkata liga tersebut berjaya dianjurkan semula hasil suntikan penajaan daripada syarikat-syarikat swasta seperti Mizuno dan Mikasa, di samping kerjasama erat barisan pengurusan persatuan.

"Penganjuran liga kali ini adalah tertumpu pada peringkat akar-umbi di mana venue yang dipilih adalah pekan-pekan kecil seperti Mentakab dan Batu Pahat.

"Liga ini juga diharapkan dapat memberi kepuasan kepada peminat-peminat sukan bola tampar yang telah lama dahagakan satu kejohanan yang berkualiti dan menarik," katanya dalam sidang media, Selasa.

Azahari berkata kejohanan itu juga akan dijadikan medan untuk memilih pemain ke Sukan SEA ke-26 di Indonesia November ini.

Liga Bola Tampar Malaysia telah diperkenalkan pada 1993 namun dihentikan selepas 1998 kerana sukar mendapat penajaan akibat kemerosotan ekonomi serantau.

Kali ini lapan pasukan lelaki dan lima pasukan wanita akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang diadakan secara 'round robin'.

Ia akan bermula di Sekolah Tinggi Jenis Kebangsaan Cina Jalan Labuh, Batu Pahat, Johor pada 9 dan 10 Julai, diikuti di Stadium Tertutup Kolej Han Chiang, Pulau Pinang (16 dan 17 Julai), Dewan Majlis Bandaran Mentakab, Pahang (23 dan 24 Julai) dan pusingan akhir di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur (29 hingga 31 Julai).

Lapan pasukan lelaki terdiri daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kelab Sukan Segamat, Perlis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Bandaraya Shah Alam dan Sibu.

Manakala bagi kategori wanita, lima pasukan yang akan berentap adalah SSBJ, E-Globex Sdn Bhd, PDT Pahang, Sibu dan ATM.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan